|
PMS ? period ? apa yang lelaki patut buat ?
Saturday, 22 October 2011 | 23:03 | 0 candie blossom
1. Hadiahkan coklat kepadanya . Pasti si dia gembira menerimanya . sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu . 2. Nyatakan kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan, peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu . 3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan puji dia lebih-lebih. 4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan. 5. Bila si kekasih mula bertanyakan tentang badannya , jangan pula menambah barah dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam. 6. Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya. 7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai , kerana saat beini memungkinkan dia meninggikan suara. 8. Adalah lebih baik kamu mempelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri . barulah bahagia dan serasi hidup. 9. Sang kekasih bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia kurang selesa . 10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita . Source from : Cicinta Labels: PMS |