|
Panduan Kawal Kemarahan
Monday, 14 November 2011 | 21:30 | 0 candie blossom
Setiap sikap baik negatif dan positif yang ditonjolkan secara tidak langsung memberi kesan dan pengaruh terhadap masyarakat sekeliling. Tindakan bijak mengawal perbalahan dan kemarahan akan dihormati bukan saja orang sekeliling malah pasangan. **Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir apakah kemarahan akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara. Persoalan ini memberi ruang untuk berfikir secara rasional tanpa membabitkan emosi semata-mata dan jika mendapat jawapannya, anda akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan. **Fikirkan sejenak kesan buruk jika melepaskan kemarahan. Apakah tindakan melepaskan kemarahan meninggalkan kesan negatif panjang daripada kemarahan. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan membabitkan perkara kecil. Lebih baik lupakan saja. **Ketika marah, cuba letakkan diri sebagai diri orang yang dimarahi. Fikirkan mengenai jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahwa dia juga berada dalam keadaan sedemikian. **Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana dianiaya, sudah menjadi kesalahan sendiri atau tidak dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua , fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya. **Ketika kemarahan anda memuncak, cuba buat kiraan satu hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah itu tidak membantu memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredahkan tekanan dan kemarahan itu. GOOD LUCK ^_^(Y Source from : Cicinta Labels: PKK |